kami menghargai antum semua

Tuesday, January 10, 2012

KHASIAT SOLAT DHUHA

KESIBUKAN manusia dalam mengejar harta duniawi pada hari ini semakin ketara sehingga rahsia dan senjata kekuatan setiap individu yang bernama muslim semakin diketepikan. apa taknya pukul lapan dah masuk kerja dan tea time yang diberi kononnya hanya mencukupi untuk memenuhi gelora perut yang membuak-buak.

secara zahirnya memang kita nampak masa itu sangatlah pendek tetapi bukan hendak menunjuk sekadar ingin berkongsi... rakan-rakan saya yang dahulu sama pengajian bersama saya di SM SAINS TUANKU JAAFAR diberi masa rehat hanya 20 minit. namun masih ramai yang mampu mengejar solat dhuha. setakat tea time tahan sikitlah makan roti pon jadilah. waktu tengahari ada lagi kan?


percayalah masa yang diberi Allah sangat banyak dalam masa satu hari sangat panjang. kalau zaman Rasulullah dahulu mereka mengatakan masa sampai tidak mencukupi. Hari ini kita lihat adalah beberapa usahawan melayu yang berjaya. bukankah melayu hebat? islam itu gah? tapi kenapa apabila bergerak kepada soal usahawan kita boleh kira pakai jari sahaja ... kalau ditanya kepada usahawan2 yang berjaya itu mesti tak lekang dari bibir mereka mengatakan mereka melakukan solat dhuha. baiklah dalam entri kali ini saya hendak berkongsi pembacaan saya beberapa bulan yang lalu. DEMI DHUHA....
  
setiap hari kita perlu berbuat tiga ratus enam puluh kebaikan untuk disedekahkan kepada tiga ratus enam puluh sendi kita... Kesemua sendi-sendi kita perlu dirawat dengan sedekah... sesiapa yang melaksanakan solat dua rakaat atau lebih ketika orang sedang sibuk pada waktu matahari naik sepenggala, maka dia akan dapat mengawal nafsunya...
2 RAKAAT : dia tercatat sebagai orang yang taat pada Allah
4 RAKAAT : dia tercatat sebagai antara ahli abidullah
6 RAKAAT : Allah akan mencukupi segala keperluannya
8 RAKAAT : Allah mencatatkan diri hamba itu termasuk golongan yang tunduk dan patuh kepadaNya
12 RAKAAT : Allah akan membangunkan istana indah untuknya di dalam syurga

berikut merupakan antara doa yang sering diamalkan...
SELAMAT BERAMAL....



No comments:

Post a Comment