kami menghargai antum semua

Tuesday, February 21, 2012

AdAb-AdAb TiDuR

Tidur merupakan salah satu nikmat terbesar yang diberi Allah.kepada hambaNya. Namun apakah adab tidur kita selaras dengan contoh terbaik kita iaitu Rasulullah S.A.W...

1) Tidur tidak digalakkan untuk dilewatkan selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah
    ilmu, melayani tetamu dan sebagainya
2) Disunatkan mengambil wuduk 
3) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan
4) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut
5) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur



Saturday, February 18, 2012

12 BARISAN DI HARI KIAMAT


12 BARISAN DI HARI KIAMAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakaladitiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA -Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka ituadalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA-Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankansolat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA-Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT- Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilahbalasannya dan tempat mereka adalah neraka...
"

BARISAN KELIMA- Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM- Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH- Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di ataskebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN-Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN-Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan hartaanak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, makainilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH -Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS-Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada danlidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS-Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara darisisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, merekamemelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapatkeampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan keduabelas.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:

"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati/menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat Allah ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat Allah ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.