kami menghargai antum semua

Monday, January 23, 2012

hakikatul muslim

assalamualaikum!! dalam entri kali ini ana nak menyentuh perihal hakikat seorang muslim..
.Alhamdulillah di negara kita sendiri  majoritinya adalah melayu dan apabila melayu pasti sekalian orang akan menganggap orang itu muslim. Malangnya hakikat sebagai seorang islam itu tidak mampu dihadam secara holistik oleh kebanayakan orang kita dinihari.Tidak perlu tuding jari ke arah mana-mana pihak kerana kita mendapat islam secara fitrah. Akibatnya erti dan penghayatan untuk menjadi islam itu tidak dipandang berat oleh segelintir manusia.

jika ditimbangtarakan dengan cara para sahabat alaihisalam mendapat islam kita boleh dianggap sangat beruntung. sebagai contoh saidina bilal bin rabah dijemur di tengah panas dalam keadaan bertelanjang kemudian dipakaikan baju besi dan ditambah lagi dengan bebanan diletakkan sebiji batu besar di dadanya oleh tuannya. kemudian khalifah perang terkenal islam saidina khalid bin al walid ditanya dan dicerca oleh rakan2 beliau. mereka bertanya apakah manfaat yg didapati olehnya daripada memeluk islam. maka dengan spontannya saidina khalid bin al walid mengambil racun dan disiram setengah daripadanya di atas rumput, ya mati rumput2 itu. kemudian setengahnya pula dibacakan ayat yg telah diajar oleh baginda Saidina Rasulullah S.A.W.
bismillahilladzilayadurrumaasmihisyaiunfilardhiwalafissamaiwahuassamiulalim...
maka diteguknya racun itu sehingga habis. dengan izin Allah racun itu tidak memberi kesan sedikit pon pada diri beliau.. beginilah betapa sukarnya para sahabat radiallahuanhu berjuang untuk mendapatkan tag nama sebagai islam.... tapi kita pada hari ini semudah yg dikata... lahir-lahir je dah islam... oleh itu... cuba kita renung kembali diri kita dan bertanya kembali adakah aku benar-benar islam? wallahualam

Saturday, January 21, 2012

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

Tazkirah Hari Ini........

“ADA 2 BIJI MATA YANG TAK TERSENTUH API NERAKA , MATA YANG MENANGIS DIWAKTU MALAM HARI KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT DAN 2 BIJI MATA YANG MENJAGA PASUKAN FISABILILLAH DIWAKTU MALAM”

“DI ANTARA 7 GOLONGN YANG MENDAPAT NAUNGAN DIAKHIRAT KELAK ADALAH SESEORANG YANG BERZIKIR LALU MENGENANGKAN KEBESARAN TUHAN LALU BERCUCURAN AIR MATANYA”

“JIKA TUBUH SESEORANG HAMBA GEMENTAR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH,... MAKA ERGUGURALAH DOSA-DOSANYA BAK GUGURNYA DEDAUN DARI PEPOHONAN YANG KERING”

AIR MATA TANDA RAHMAT ALAH, RASULULLAH BERSABDA :
JAGALAH MAYAT KETIKA KEMATIANNYA DAN PERHATIKAN TIGA PERKARA;
1. APABILA DAHINYA BERPELUH
2. AIR MATANYA BERLINANG
3. HIDUNGNYA KELUAR CECAIR SEPERTI HINGUS

KERANA HAL ITU MENANDAKAN RAHMAT ALLAH UNTUK SI MAYAT

(RIWAYAT DARI SALMAN AL-FARISI)

Monday, January 16, 2012

BERIMAN KEPADA AL ASMA'UL HUSNA

                                                 Maksud tauhid Al asma'Ul husna

Dalam suatu perbincangan berkumpulan,Wahid,Rahman,Rahim,Hakim dan Alim telah bertanyakan kepada ustaz Adli mengenai  Al asma'Ul husna.

Wahid : Ustaz,apakah yang dimaksudkan dengan Al asma' Ul husna?

Ustaz Adli : Al asma'Ul husna ialah nama-nama Allah yang indah.Nama-nama ini menunjukkan kesempurnaan Allah.

Rahman : Bagaimanakah kita dapat mengetahui dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah tersebut?

Ustaz Adli : Allah telah berfirman dalam Al-Quran:

(Surah Al-Hashr,59:24)
Maksudnya: Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk,yang mengadakan(daripada tiada kepada ada),yang membentuk rupa(makhluk-makhluknya menurut yang dikehendaki),baginyalah nama-nama yang indah  dan bertasbih kepadanya segala apa2 yang ada dilangit dan dibumi,dan dialah yang maha mulia lagi maha bijaksana.

Rahman : Ustaz,bolehkah kita megenali sifat-sifat kesempurnaan Allah melalui logik akal?

Ustaz Adli : Insyaallah,boleh.Cuba kita lihat komputer yang semakin canggih dari semasa ke semasa.Sudah tentu kita terpegun dengan kebijaksanaan orang yang mencipta komputer ini.Namun,apabila kita memikirkan sekali lagi,nescaya kita lebih terpegun dengan kebijaksanaan pencipta manusia iaitu Allah.

Hakim : Ustaz,berapakah nama Allah?

Ustaz Adli : Kita manusia yang lemah tidak mengetahui bilangan sebenar nama Allah tetapi dalam sebuah hadith riwayat daripada Abu Huraira,Rasulallah menganjurkan agar kita mengenali dan memahami 99 nama Allah seperti sabda Rasulallah :

Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama,sesiapa yang menghitungnya(memikirkan tujuan maknanya dan beramal denga tuntutan mengenainya itu),mereka akan masuk syurga.
(Riwat Al-Bukhari)

Alim : Kalau begitu,semakin kita mengingati nama Allah semakin kita merasai  keagungan dan kebesaran  ilahi,bukankah begitu ustaz?

Ustaz Adli : Ya,tepat sekali.Sekarang marilah sama-sama kita mengalunkan nasyid Al asma' Ul husna.

Tuesday, January 10, 2012

KHASIAT SOLAT DHUHA

KESIBUKAN manusia dalam mengejar harta duniawi pada hari ini semakin ketara sehingga rahsia dan senjata kekuatan setiap individu yang bernama muslim semakin diketepikan. apa taknya pukul lapan dah masuk kerja dan tea time yang diberi kononnya hanya mencukupi untuk memenuhi gelora perut yang membuak-buak.

secara zahirnya memang kita nampak masa itu sangatlah pendek tetapi bukan hendak menunjuk sekadar ingin berkongsi... rakan-rakan saya yang dahulu sama pengajian bersama saya di SM SAINS TUANKU JAAFAR diberi masa rehat hanya 20 minit. namun masih ramai yang mampu mengejar solat dhuha. setakat tea time tahan sikitlah makan roti pon jadilah. waktu tengahari ada lagi kan?

percayalah masa yang diberi Allah sangat banyak dalam masa satu hari sangat panjang. kalau zaman Rasulullah dahulu mereka mengatakan masa sampai tidak mencukupi. Hari ini kita lihat adalah beberapa usahawan melayu yang berjaya. bukankah melayu hebat? islam itu gah? tapi kenapa apabila bergerak kepada soal usahawan kita boleh kira pakai jari sahaja ... kalau ditanya kepada usahawan2 yang berjaya itu mesti tak lekang dari bibir mereka mengatakan mereka melakukan solat dhuha. baiklah dalam entri kali ini saya hendak berkongsi pembacaan saya beberapa bulan yang lalu. DEMI DHUHA....
  
setiap hari kita perlu berbuat tiga ratus enam puluh kebaikan untuk disedekahkan kepada tiga ratus enam puluh sendi kita... Kesemua sendi-sendi kita perlu dirawat dengan sedekah... sesiapa yang melaksanakan solat dua rakaat atau lebih ketika orang sedang sibuk pada waktu matahari naik sepenggala, maka dia akan dapat mengawal nafsunya...
2 RAKAAT : dia tercatat sebagai orang yang taat pada Allah
4 RAKAAT : dia tercatat sebagai antara ahli abidullah
6 RAKAAT : Allah akan mencukupi segala keperluannya
8 RAKAAT : Allah mencatatkan diri hamba itu termasuk golongan yang tunduk dan patuh kepadaNya
12 RAKAAT : Allah akan membangunkan istana indah untuknya di dalam syurga

berikut merupakan antara doa yang sering diamalkan...
SELAMAT BERAMAL....

Friday, January 6, 2012

WANITA!!! SEDARLAH..........

Percaya atau tidak wahai manusia yang digelar wanita..

apakah rambutmu boleh dikira?..
kalau boleh silakan kira..

sehingga nyawamu ditarik oleh-Nya,
kamu tidak akan dapat mengira berapa banyak rambutmu.

Maka perhatikanlah,
sehelai rambutmu dilihat oleh SERIBU LELAKI yang bukan muhrim,
SERIBU DOSAlah kamu akan dapat.

Bayangkanlah berapa banyak rambutmu wahai kaum hawa.

Tutuplah,
Islam hanya meminta menutupkan aurat supaya tidak nanti di Akhirat kelak Allah menyeksa kita dengan azab yang amat pedih.

Allah SWT juga tidak mahu menyeksa hamba-hambaNya tapi disebabkan kedegilan kita Allah terpaksa.

-Percayalah kami disini tidak memaksa-
(^___^)

Wednesday, January 4, 2012

s@lam perkenalan!!! \(^o^)/

Semoga kalian sentiasa dalam iman dan takwa.

Salam ukhuwah dan salam sejahtera.

Semoga kalian sentiasa dalam iman dan takwa.

Sahabatku yang dimuliakan...

Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan Tuhanmu.

Bertakwalah kepada Allah, kerana takwamu akan membawamu menjadi insan yang mulia disisi-Nya

Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan bersama Rabbnya.

Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-nikmat yang banyak yang telah kau terima.

Redhalah diatas Qadha' dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.

Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua amalanmu.

Khusyukan hatimu ketika solat kerana kekusyukan akan membawa erti dalam solatmu.

Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar dari tipu daya .

Sahabat yang dirahmati Allah....

Bila kau takut kepada Allah kau akan menjadi orang yang paling alim

Bila kau yakin diri sendiri kau akan menjadi orang paling kaya

Bila kau mengasihi manusia seperti kasih diri sendiri kau akan menjadi orang paling adil.

Ingatlah! Orang yang paling baik adalah orang yang berguna kepada masyarakat.

Bila kau ingin menjadi orang yang paling istimewa banyakkan zikrullah.

Bila kau ingi memiliki kesempurnaan iman maka perelokkan akhlakmu

Bila kau ingin menjadi insan bersifat muhsinin maka kau beribadahlah seolah-olah kau lihat Allah, jika tak merasa ingatlah Allah melihat kamu.

Bila kau ingin termasuk pada golongan yang taat maka laksanakan semua yang fardu.

Sahabat yang dimuliakan

Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti bersihkan diri dari dosa.

Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah menzalimi orang lain.

Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiyamat kasih diri sendiri dan kasihilah orang lain.

Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan beristighfar.

Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka buruk pada orang lain.

Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah bertawakkal dan serah diri kepada Allah.

Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka sentiasa bersih dari hadas dan hubungkan silaturahim.

Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.

Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari qiyamat maka janganlah kau marah pada orang lain.

Jika kau inginkan do'amu diterima Allah maka jauhilah makanan yang haram masuk dalam perutmu

Jika kau inginkan keaifanmu ditutup di hari qiyamat maka tutuplah keaiban orang lain.

Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.

Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.

Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang kerana Allah.

Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api Neraka adalah sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah....

Bersihkanlah hatimu dari syirik, iri hati, riak, sombong dan takabur.

Kerana sifat-sifat ini menghapuskan amalanmu.

Tuluskanlah hatimu bila kau terima sesiapa saja menjadi teman hidupmu

kerana ketulusan itu membawa kebahagiaan. Cintailah ia semata-mata kerana Allah.

Janganlah pemilihanmu kerana dunia dan nafsu, nescaya ianya tak akan kekal.

Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari perasaan kecewa, truma, forbia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah...bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti.

Yakinlah janji Allah...bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti

WALLAHUA'LAM.........(^___^)