kami menghargai antum semua

Tuesday, June 19, 2012

KISAH YANG MUNGKIN NYATA



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a

JoM DhUhA....

"Pada pagi hari, setiap tulang daripada kamu akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan pada waktu Dhuha..."
- Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Dawud.-

Rasulullah S.A.W bersabda:

"7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada Hari Kiamat..

~ Pemerintah yang adil

~ Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah

~ Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid

~ Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.

~ Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"

~ Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

~ Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 9, 2012

UjiaN Itu Tanda Allah AdMIRE Kat KiTe




Salamunalaik... setiap makhluk dalam dunia yang fana ini telah ditentukan takdirnya sebelum dilahirkan lagi... ujian merupakan salah satu daripadanya. namun ada yang memandang ujian ini seperti sesuatu yang datang tanpa meninggalkan kesan.
ujian datang dalam variasi bentuk. perkara majornya adalah kebahagiaan dan kekecewaan..

ujian kebahagiaan:
1. dapat kekayaan dan bonus
2. dapat masuk universiti
3. dapat keputusan cemerlang
4  dapat makan
5. segala macam dapatlah
ujian kekecewaan:
1. mengulangi dosa lampau
2. dilanda kemiskinan
3. gagal dalam hubungan kekeluargaan
4. semua tak berjalan seprti yang diingini
5. tak dapat keputusan cemerlang

ini merupakan antara contoh ujian yang sedang melanda kita. tetapi, dalam banyak-banyak ujian ini terdapat satu ujian lagi yang paling spesel diberi oleh Allah untuk tunjukkan yang kita dah mula bertapak dalam pemerhatianNya. itulah ujian keimanan. sebenarnya kesemua bentuk ujian di dalam dunia ini adalah bertujuan menguji keimanan kita dan mengupgradekan lagi levelnya. 
oleh itu bila terasa ujian terlampau banyak, perhatikan apakah sebabnya ujian itu datang bertalu-talu

mungkin anda :
1. tak sembahyang kot
2. zakat tak bayar lagi
3. puasa bila nak ganti
4. duit dah banyak pergilah buat haji
5. buli kawan eh?

ini hanya list yg terlampau rambang yg dapat saya lakukan. kaedahnya untuk mengetahui apakah sebabnya ujian tidak henti adalah muhasabah diri...ha dari situlah kita dapat mengetahui di man salah silapnya...dan esok tu baikilah...

-renunglah, ujian merupakan tanda Allah dah mula admire kat kita. bersungguh-sungguhlah sebagaimana kalau kita tahu ada orang admire kat kita. Kasih sayang Allah takde limit de. oleh itu, keep your iman constant and upgrade it into higher level so then Allah will guide us to the best route to meet him in our second life!!!