kami menghargai antum semua

Tuesday, June 19, 2012


Rasulullah S.A.W bersabda:

"7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada Hari Kiamat..

~ Pemerintah yang adil

~ Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah

~ Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid

~ Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.

~ Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"

~ Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

~ Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment