kami menghargai antum semua

Monday, January 23, 2012

hakikatul muslim



assalamualaikum!! dalam entri kali ini ana nak menyentuh perihal hakikat seorang muslim..
.Alhamdulillah di negara kita sendiri  majoritinya adalah melayu dan apabila melayu pasti sekalian orang akan menganggap orang itu muslim. Malangnya hakikat sebagai seorang islam itu tidak mampu dihadam secara holistik oleh kebanayakan orang kita dinihari.Tidak perlu tuding jari ke arah mana-mana pihak kerana kita mendapat islam secara fitrah. Akibatnya erti dan penghayatan untuk menjadi islam itu tidak dipandang berat oleh segelintir manusia.


jika ditimbangtarakan dengan cara para sahabat alaihisalam mendapat islam kita boleh dianggap sangat beruntung. sebagai contoh saidina bilal bin rabah dijemur di tengah panas dalam keadaan bertelanjang kemudian dipakaikan baju besi dan ditambah lagi dengan bebanan diletakkan sebiji batu besar di dadanya oleh tuannya. kemudian khalifah perang terkenal islam saidina khalid bin al walid ditanya dan dicerca oleh rakan2 beliau. mereka bertanya apakah manfaat yg didapati olehnya daripada memeluk islam. maka dengan spontannya saidina khalid bin al walid mengambil racun dan disiram setengah daripadanya di atas rumput, ya mati rumput2 itu. kemudian setengahnya pula dibacakan ayat yg telah diajar oleh baginda Saidina Rasulullah S.A.W.
bismillahilladzilayadurrumaasmihisyaiunfilardhiwalafissamaiwahuassamiulalim...
maka diteguknya racun itu sehingga habis. dengan izin Allah racun itu tidak memberi kesan sedikit pon pada diri beliau.. beginilah betapa sukarnya para sahabat radiallahuanhu berjuang untuk mendapatkan tag nama sebagai islam.... tapi kita pada hari ini semudah yg dikata... lahir-lahir je dah islam... oleh itu... cuba kita renung kembali diri kita dan bertanya kembali adakah aku benar-benar islam? wallahualam

No comments:

Post a Comment