kami menghargai antum semua

fekah

YA... TAJUK PERBINCANGAN KITA DALAM SEGMEN INI IALAH FESYEN DAN AURAT. TAPI ANA INI BUKANLAH SEORANG AHLI FESYN KE APE KE, CUMA APABILA KITA BERBICARA TNTANG AURAT PASTI ADA KENA MENGENA DENGAN FESYEN.
BAIKLAH KARIKATUR DI SEBELAH KIRI INI MENUNJUKKAN STYLE SEBENAR SEORANG MUSLIM. 
BAGI LELAKI :
AURATNYA ADALAH DARI PUSAT HINGGA KE LUTUT BERSAMA MUSLIMIN MAHUPUN YANG BUKAN
BAGI PEREMPUAN :
AURATNYA KETIKA BERSAMA MUSLIMAH YANG LAIN ADALH DARI PUSAT HINGGA KE LUTUT MANAKALA KETIKA BERSAMA BUKAN MAHRAM (SEPUPU, RAKAN2 LELAKI) DAN NON MUSLIM AURATNYA ADALAH SELURUH TUBUH KECUALI DARI PERGELANGANN TANGAN DAN MUKA.
SO, BAGILELAKI STOPKANLAH PAKAI INI KETIKA DI LUAR RUMAH










DAN BAGI PEREMPUAN USAHLAH MENGELUH UNTUK MENUTUP AURAT KERANA TERLAMPAU BANYAK HIKMAHNYA... ALLAH ITU MAHA ADIL DAN MAHA MENGTAHUI

HAID DAN AL-QURAN









RAMAI YANG MASIH RAGU2 TERHADAP HUKUM MEMBACA AL-QURAN KETIKA HAID. OK... SELEPAS BERTANYA KEPADA USTAZ ANA HARI ITU MAKA BELIAU MENJAWAB
HUKUM ASASNYA              : HARAM 
 TERHADAP 3 PERKARA  : BACA, SENTUH PEGANG
PENGECUALIAN                  : SELAMATKAN AL-QURAN DARIPADA JATUH
BOLEH UNTUK                     : ZIKR, DOA DAN NIAT UNTUK MENGAJAR








KHUTBAH JUMAAT

KAPAN kali kita pergi solat jumaat dan akan mendengar sesi khutbah. dikatakan bahawa khutbah ini sebagai pengganti 2 rakaat dalam solat jumaat kita... dan betapa besarnya kedudukan khutbah jumaat ini di mana Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnya
"maka sia-sialah pahala jumaat bagi orang yang bercakap ketika khatib sedang membacakan khutbah walau dengan perkataan diam sekali pun"
ha... baiklah dalam lembaran ini ana ingin berkongsi serba sedikit tentanh=g khutbah jumaat yg ana dengari baru2 ini di masjid paroi, negeri sembilan,
khatib seperti biasa akan menyeru agar kita:
1. bertakwa kepada Allah dgn sebenar2 takwa
2. brselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
dan pada hari itu khatib berbicara tentang amalan-amalan sunat yang amat digalakkan ketika masuk bulan syawal.antaranya :
1. bersedekah
....khatib mengingatkan bahawa bersedekah ini mempunyai banyak cabangnya. antaranya senyuim, mengalihkan objek yg menghalang jalan, menolong orang, dll
2. berpuasa 6 hari
... khatib mengatakan bahawa pahala puasa 6 di bulan syawal ini adalah sebagai penutup kecacatan puasa kita di bulan ramadhan. namun, jika puasa di bulan ramadhan ada yg tertinggal haruslah dilangsaikan dahulu..dikatakan pahala berpuasa 6 ini adalah sama dngan berpuasa sepanjang tahun
Masya-Allah rakan2 diharapkan kita diberi peluang oleh Allah untuk menjalani ibadah sunat ini yang boleh dijalankan selang-seli atau berturutan.. dan ingatlah ini merupakan amalan yang paling digalakkan oleh Baginda.
di akhir sesi khutbah khatib telah mengutarakan sepatah kata yang ana rasa cukup2 bermanfaat untuk semua muslim yang mendengar:
" ketahuilah bahawa orang-orang yang melakukan perintah-Nya akan menuju ke arah kejayaan, orang-orang yang melanggar laranganNya akan menuju kesesatan.."
wallahualam

HARI RAYA

Assalamualaikum... baiklah di kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin... maafkan ana sepanjang perkongsian ilmu ana bagi mana2 yang ada terasa dan merasa... baiklah dalam lembaran ini ana hendak berkongsi beberapa ilmu...
baiklah.. topik pertama ialah mercun, bunga api, meriam dan apa2 aje bahan bakaran... ok apabila kita membakar benda2 itu maka ia akan menghasilkan asap yang bebas memenuhi atmosfera udara... hemm pendapat beberapa ustaz makanan jin dan syaitan adalah asap... renung2kanlah
beralih kepada topik kedua mujahadah nafsu dan diri..
memandangkan armada iblis dan konco-konconya syaitan telah bebas maka kita mestilah memperkukuhkan lagi keimanan kita.. nafsu akan menjadi kuat apabila rakan karibnya tiba di sisinya... berhati-hatilah


HIKMAH BERWUDUK

Ramai yang tak sedar dan tak memanfaatkan wuduk sebaik-baiknya...
dalam AL-QURAN ALLAH telah berfirman ' solat itu pencegah kemungkaran '... ye memang betul tapi ramai yang menidakkannnya dengan mengatakan aku dah bersolat tapi aku masih selamba aje melakukan kemungkaran... masing2 cuba untuk menuding jari ke sana ke mari tapi empat jari menunjukkan tepat kena muka sendiri... kunci kesempurnaan sesebuah solat itu adalah wuduk.. tak sempurna wuduk maka tak sempurnalah solat...
Baiklah, hasil daripada kajian beberapa ustaz, wuduk mempunyai doa-doa tertentu bagi setiap anggota wuduk... mari kita renungi bersama...
1. niat                 : sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala... 
                            niat perlulah disertakan ketika 1/3 muka disapukan dan diratakan                                  dengan air dalam rukun kedua
2. muka              : Ya Allah, aku bermohon agar Kau berikanlah nur kepada muka ini 
                            ketika bertemu dengan MU di akhirat kelak
3. tangan kanan : Ya Allah, aku bermohon agar Kau berikanlah kitab amalanku di 
                            tangan ini di akhirat kelak
4. tangan kiri    : Ya Allah, aku bermohon agar janganlah Kau berikan kitab amalanku 
                           di tangan ini di akhirat kelak
5. rambut         : Ya Allah jauhkanlah kepala ini dari terik matahari ketika di mahsyar
                          kelak 
6. telinga         : Ya Allah, jauhkanlah telinga ini daripada mendengar perkara2 
                          maksiat
7. kaki kanan  : Ya Allah berikanlah kepantasan kepada kaki ini ketika sedang
                         melintasi titian sirat Mu kelak
8. kaki kiri      : Ya Allah, janganlah Kau benarkan kaki ini untuk bergerak ke tempat
                         maksiat dan dekatkanlahnya ke tempat mencari redhaMu
baiklah selepas membaca artikel ini diharapkan para pembaca mengamalkannya... 
bak kata Ustaz Najib untuk berjaya kita mesti rasa... ramai yang tahu tapi tak rasa.. percayalah kalau kita amalkan doa ini we will feel the difference ketika bersolat.... wallahualam
                            


SOLAT BERJEMAAH









DARI dulu ana tertanya2 mana lagi baik solat jemaah di surau atau di rumah... tapi dulu aku berpegang kepada hadis nabi di mana BAGINDA mengarahkan pemuda2 madinah untuk mengumpulkan kayu api dan hendak membakar rumah muslimin yang tidak menyertai solat berjemaah..
huhu... 
tapi baru hari itu ana terfikir untuk bertanya ustaz ana ada apa2 hukum yang spesifik tak?
dan dengan selambanya beliau menjawab ' tak haram ' sah dan pahala jemaah yang dikatakan 27 kali ganda itu masih akan didapati. 
kelebihan sembahyang di surau adalah tempatnya lebih afdal dan ia merupakan satu tindakan kita untuk menjalankan syiar islam. bila orang tengok ramai muslimin dan muslimah yang pergi solat di surau.
kelebihan sembahyang di rumah pula adalah ia bertindak sebagai pencegah dan penyukar cara bagi syaitan untuk memasuki rumah kita.
pilihan
ok lepas baca keterangan ni kita bolehlah buat pilihan sebaiknya. tapi adalah lebih digalakkan muslimin untuk menunaikan solat berjemaah di surau/masjid. bagaimana pula kalau isteri merengek suruh teman sembahyang bagai2? cakap je camni pahala berjemaah di surau yang didirikan oleh suami akan didapati bersama oleh isteri...
wallahualam


Bersuci

Bersih dan kebersihan merupakan suatu perkara yang senantiasa dipandang enteng masyarakat dinihari. namun, tanpa kita sedari agama islam mengangkat darjat kebersihan di suatu tahap yang amat tinggi.Jikalau ditinjau di serantau negara-negara maju hampir kesemuanya menjadikan kebersihan sebagai salah satu fenomena terpenting bagi memacu kemapanan negara.Menurut islam tuntutan bersuci merupakan satu wahana penting bagi menjamin kemaslahatan umatnya dan secara tidak langsung hukum bersuci adalah wajib. Tuntutan bersuci pula mencakupi hampir kesemua aspek dalam kehidupan seharian manusia. Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melahirkan umat yang bersih, cergas, sihat dan maju sebagai umat contoh.

Tuntutan wajib bersuci berdasarkan syarak:
1. suci daripada najis yang meliputi badan, pakaian dan tempat
2. suci daripada hadas pada badan



AZAN

RAMAI ORANG SEKARANG PANDAI AZAN. ADA DUA CARA SAHAJA MEREKA PANDAI AZAN:
1. BUAT2 PANDAI 
2. PANDAI SEBAB BELAJAR

BAIKLAH PADA SEGMEN INI ANA INGIN BERKONGSI SEDIKIT MASALAH YANG SERING DILAKUKAN OLEH PARA BILAL. ANA TGUR INI SAMA SAHAJA MACAMANA ANA KENA TEGUR MASA PERTAMA KALI ANA AZAN DI SEKOLAH ANA SMS TUANKU JAAFAR. MASA ITU ADA PERTANDINGAN AZAN UNTUK MINGGU KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM. JADI ALHAMDULILLAH ANA TELAH DIPILIH MENJADI PEMENANG. BAIKLAH DI AKHI PERTANDINGAN KAMI DIKUMPULKAN DAN MENERIMA TEGURAN. KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN IALAH:

1. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR DALAM SATU NAFAS YANG SAMA TIDAK DIBENARKAN. SEPATUTNYA DILAUNGKAN SEPERTI INI ALLAHUAKBARULLAHUAKBAR. 
2. ASYADUALLAILAHAILLALLAH MEMANG TERNYATA KESALAHANNYA SEPATUTNYA ASHHADU ALLAILAHAILLALLAH
3. HAIYAALASSOLA SEPATUTNYA HAIYA ALASSOLAH

OKEH KAALAU ANTA SEMUA KELIRU BOLEH PANDUKAN TEKS AZAN DI BAWAH



HIKMAH BERSOLAT


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Sakaratul Maut

Dunia Barzakh merupakan suatu perkara yang menjadi mimpi ngeri bagi sebahagian manusia yang masih bernyawa pada hari ini. Mana taknya putus daripada perkara-perkara dunia yang amat menyeronokkan. Namun sebahagian daripada kita sangat merindukan kematian kerana ketidakbatasan merindukan kasih dan sayng kepada kekasih Yamg Maha Kekal Abadi.
Oleh itu bagaimanakah proses mencabut nyawa yang pasti akan dihadapi oleh setiap daripada kita. apakah amalan- amalan yang boleh memudahkan proses mencabut nyawa kita kelak.

Menurut beberapa ustaz yang saya rujuk malaikat maut akan mencabut roh manuisia daropada beberapa bahagian di anggota tubuh badan kita. Peralihan proses mencabut nyawa dari satu anggota kepada anggota lain adalah berdasarkan amal sepanjang hayat kita
Cara-Caranya adalah seperti berikut::


1. mulut : malaikat maut tidak mampu untuk mencabut nyawa dari sini kerana amalan membaca Al-quran, berzikir dan sentiasa mengucapkan perkara2 yang baik
2. mata : malaikat maut dihalang mencabut roh dari sini kerana amalan2 mengagumi keindahan ciptaan Allah
3. telinga: malaikat maut tidak mampu untuk mencabut nyawa dari sini kerana asyik mendengar zikir, majlis ilmu dan p perkara2 yg baik
4. tangan: malaikat maut tidak mampu untuk mencabut dari sini kerana amalan senantiasa menolong orang, bersedekah, berzikir
5. kaki : malaikat maut tidak mampu untukmencabut dari sini kerana senantiasa ketempat2 berfaedah dan rajin menghadiri rumah Allah untuktujuan beribadah

Akhir sekali malaikat naut kembali kepada Allah Yang MAha Kuasa dan bertanya apakah caranya untuk mencabut nyawa si fulan bin si fulan ini lagi... Dan Allah Subhanahuwataala mengarahkan malaikat maut untuk menggantungkan kalimah suciNya di ubun2 si fulan tersebut. maka terbanglah roh melayang dengan lembutnya ke arah kalimah tersebut..

Kesimpulannya kita memilih apa yang akan terjadi pada akhir episod hidup kita di dunia yang fanaa  ini... semoga kita tergolong di dalam golongan yang sentiasa memilih jalan yng betul... wallahualam..


 





 













 
 
 
 
  :

1 comment:

  1. assalam....sesungguhnya kita semua seharusnya tahu wahai sahabat seislam sekalian..aurat bukan sahaja wajib ditutup...malah ia wajib tersembunyi...

    ReplyDelete