ilmu Allah itu Maha Luas...Jadikanlah kesempatan ini untuk bersama-sama menjelajah keluasan ilmu ILLAHI
kami menghargai antum semua
Saturday, September 1, 2012
SoL@+ TAuBaT....
Apabila
seseorang itu telah melakukan kesalahan ataupun dosa-dosa maka
hendaklah dia segera memohon keampunan, bertaubat dan kembali kepada
jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini telah diperintah
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:
Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha",
mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan
memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang
beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa
mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba
dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya
kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Al-Tahriim [66] : 8
Di antara perkara yang disyaria’tkan bagi mereka yang ingin bertaubat adalah mengerjakan solat Taubat.
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT TAUBAT
Solat Taubat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dan ianya disandarkan kepada hadis daripada ‘Ali radhiallahu’ anh, dia berkata:
Abu Bakar telah menceritakan kepadaku (sesuatu hadis) dan Abu Bakar
radhiallahu’ anh adalah seorang yang benar (al-Shiddiq), dia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidak seorang hamba pun yang telah mengerjakan sesuatu dosa, lalu dia
mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia mendirikan solat dua
rakaat, setelah itu (menyelesaikan solat tersebut) dia memohon ampun
kepada Allah (atas dosanya tersebut), maka Allah akan mengampunkan
dosanya. Kemudian baginda membaca ayat:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon
ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan
dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan
keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan
salahnya dan akibatnya) (Aali Imran (3) : 135). - Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 2932.
WAKTU PERLAKSANAANNYA
Solat Taubat ini sebaik-baiknya dikerjakan sesegera mungkin setelah
seseorang itu melakukan apa jua jenis dosa dan ingin bertaubat darinya.
Ianya boleh dilaksanakan walaupun pada waktu-waktu yang diharamkan
solat. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam
Majmu’ al-Fatawa (jilid 23, ms. 215):
Seorang Muslim boleh
sahaja mengerjakan solat Taubat pada waktu terlarang sebab taubat harus
segera dilaksanakan setelah seseorang terjerumus ke dalam dosa,
sementara untuk mengerjakan solat dua rakaatnya adalah hal yang
disunnahkan. – rujuk Sholaatul Mu’min karya Sa’id bin ‘Ali bin Wahf
al-Qahtani, ms. 317-318.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat 2) Takbiratul Ihram 3) Doa Iftitah 4) Membaca surah al-Fatihah 5) Membaca Surah al-Qur’an 6) Rukuk 7) Iktidal 8) Sujud 9) Duduk antara dua sujud 10) Sujud kali kedua 11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) 2) Duduk untuk tahiyyat akhir 3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
No comments:
Post a Comment