kami menghargai antum semua

Sunday, December 25, 2011

INSYAALLAH.

Alhamdulillah,.Para ustaz dan ustazah,selalu berpesan,apabila berjanji,lafazkanlah INSYAALLAH,.maka,sehingga kita dewasa amalan menyebut INSYAALLAH ini terus berkekalan.Namun,sedar atau tidak bahawasanya kita seringkali mempermainkan janji kita kepadaNya?kita semua sudah sedia maklum INSYAALLAH membawa maksud,DENGAN IZIN ALLAH,yakni apabila telah diucapkan,termeterailah janji kita kepada ALLAH.Tetapi fenomena yang berlaku pada hari ini ternyata menyedihkan.Kita yakin dan percaya padaNYA,kita juga mengakui DIA adalah SANG PENCIPTA yang MAHA BERKUASA,namun alangkah hinanya kita,kerana apabila kita berjanji,kita mungkir.Saya beri satu situasi.;seorang sahabat bertemu dengan teman lamanya di sebuah pusat membeli belah.Mereka berbual panjang dan akhir pertemuan,mereka saling bertukar alamat dan nombor telefon.Sahabat itu dipelawa oleh temannya untuk ke rumah pada hujung minggu itu.Dengan wajah penuh kesungguhan,sahabat itu mengucapkan INSYAALLAH,dia akan berkunjung ke rumah teman lamanya bersama ahli keluarga.Pada hujung minggu itu,teman lama sahabat tadi telah bangun awal pagi dan pergi ke pasar.Tujuannya adalah untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak bagi menjamu sahabatnya.Apabila pulang,teman tadi meminta agar isterinya memasak hidangan yang enak bagi menjamu sahabatnya.Maka bertungkus lumuslah si isteri memasak hidangan yang enak.Namun,apabila hari menjelang petang,tiada panggilan mahupun mesej yang diterima daripada sahabatnya.Lalu,teman lamanya itu cuba menghubungi sahabatnya,dan inilah jawapan yang diberikan oleh sahabatnya,"maaf ya,saya tidak dapat hadir ke rumah awak kerana saya dan keluarga ingin menonton konsert akhir vokal bukan sekadar rupa di rumah"..MASHAALLAH,dapatkah anda bayangkan perasaan teman lamanya apabila mendengar jawapan sahabat itu?kisah ini kedengaran tidak logik,tetapi percayalah ia memang berlaku dalam masyarakat kita.Lalu,ingin saya persoalkan,di manakah letaknya nilai INSYAALLAH di mata kita?adakah kerana ingin menonton konsert yang sia-sia,menjadi alasan kita atas ketidakizinan ALLAH?sedarlah,apabila kita sudah berjanji dengan nama ALLAH,kita harus berusaha sehabis daya,bagi menunaikan janji kita.Mudah-mudahan sahabat tadi diberikan hidayah oleh ALLAH.Ingatlah,ciri-ciri orang munafik itu ada 3,apabila berkata-kata,dia berdusta,apabila diberi amanah,dia khianat,dan apabila berjanji,dia mungkir.Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada tergolong dalam orang munafik.INSYAALLAH,janji ALLAH itu benar,bagi orang-orang yang benar dalam amalannya.Renung-renungkanlah,dan selamat beramal.

1 comment:

  1. terima kasih amrez,.maaf jika terdapat kekurangan di mana-mana.

    ReplyDelete